Wednesday 29 August 2012

KENAPA ANDA HARUS MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI ?

Entrepreneurship
Basli (bukan nama sebenar) berumur 36 tahun.  Dia mendapat berita syarikat di mana dia berkerja (sebuah syarikat ICT besar yang tersenarai di papan Bursa Saham Utama Kuala Lumpur (Ketika itu dipanggil BSKL) akan membuat satu "exercise" yang dipanggil "down saizing" atau dalam erti kata lain syarikat atas alasan apa sekali pun ingin mengurangkan pekerja-pekerja.  Sejak berumur 21 tahun Basli begitu setia dengan syarikat tersebut  dan dia mempunyai potensi untuk naik ke atas dengan cepat disebabkan oleh ketekunan serta kepimpinan yang ditunjukkan olehnya sepanjang berkerja di situ.  Ini dapat dilihat dari rekod kerjayanya, setiap dua tahun dia akan di naikkan pangkat dari seorang kerani sehinggalah sebagai seorang ketua di dalam satu unit jabatan.  Dia juga telah mendapat kepercayaan untuk menjadi salah seorang peneraju utama serta pengasas salah sebuah anak syarikat ICT tersebut. Dia berkerja keras untuk mendapatkan satu posisi atau kedudukan di dalam sebuah syarikat apa tah lagi syarikat yang mempunyai kedudukan di dalam pasaran berserta dengan faedah-faedah rawatan kesihatan, pinjaman kenderaan dan perumahan.  Itu belum termasuk bonus lagi yang ditawarkan oleh syarikat setelah mengambil keuntungan tahunan yang dikaut hasil dari perniagaan syarikat.  Dengan pengalaman selama 15 tahun di dalam bidang korporat dan berganjak dari satu jabatan ke satu jabatan, pernah duduk di bahagian perolehan, bahagian pengurusan projek, bahagian pemasaran projek dan jabatan latihan.  Ditokok tambah lagi pernah menjadi pengurusan bawahan (lower level management), pengurusan pertengahan (middle level management) dan juga pengurusan atasan (top level management), Basli merasakan dengan keputusan syarikat untuk mengurangkan pekerja bukan satu masalah besar untuknya mendapatkan kerja lain berasaskan pengalaman yang beliau ada.  Lagi pun syarikat cukup bertimbang rasa dengan menawarkan VSS (Voluntary Separation Sheme) bagi mereka yang ingin berhenti dan boleh menolaknya dan terus berkerja jika mahu. Namun, Bazli terus berfikir tentang "ruang dan peluang" yang dia dapat tentang impian dia yang sebenar iaitu untuk menjadi orang "LUAR BIASA" (extra ordinary people) dari orang yang biasa-biasa (ordinary people).  Sekiranya dia tidak mengambil keputusan sekarang, esok atau lusa pusingan hidup dia tetap serupa dan mungkin syarikat akan membuat percaturan yang sama sekiranya syarikat mempunyai masalah yang serupa.  Apa sahaja terma yang digunakan sama ada "downsizing, resizing, right sizing, restructing atau sebagainya, matalamatnya tetap sama iaitu pengurangan kakitangan atau pengurangan kos.  Basli berpendapat, dengan imbuhan VSS itu tadi dia boleh memulakan sesuatu seperti apa yang diperkatakan oleh jutawan ternama Amerika iaitu Robert Kiyosaki "Guna duit untuk menarik duit".  Apa tah lagi Basli berpendapat bahawa ketika di dalam jabatan pengurusan projek dia boleh mengendalikan projek syarikat yang bernilai ratusan juta dengan baik, kenapa tidak dia gunakan kebolehannya sendiri untuk mengendalikan perniagaannya sendiri.  Walaupun "bunyi"nya seolah-olah terlalu yakin atau "over confident", namun itulah kelebihan yang perlu ada bagi setiap usahawan.  Lagi pun Basli berpendapat jika ia terus kekal di syarikat tersebut sehingga ke tahap CEO sekali pun, adakah perniagaan itu boleh diwarisi kepada anak serta keturunannya.  Jawapannya, "Pusingan Basli" akan diwarisi oleh anak dan keturunannya di mana mereka harus melalui zaman sukar di mana Basli pernah berada suatu ketika dahulu.  namun jika Basli berubah arah dan membina empayarnya sendiri, pasti jawapannya kita sudah ketahui.

PENGHIJRAHAN YANG HEBAT
Di seluruh dunia saban hari terdapat jutaan manusia meninggalkan apa yang mereka sudah selesa (berkerja) untuk berkerja sendiri.  Dari kebergantungan kepada orang lain menjadi berdiri di atas kaki sendiri dan sama-sama mengatur strategi bagaimana untuk melancarkan peperangan perniagaan agar terus berada di zone selesa (zon kuat).Setiap bulan terdapat 1 juta orang-orang Amerika berttukar kerja atau kehilangan kerja dan peningkatan yang paling ketara ialah mereka mengambil keputusan untuk memulakan perniagaannya sendiri.  Dalam lapuran terkini yang bertajuk "Work, Entrepreneurship and Opportunity in 21st Century America, the U.S. Chamber of Commerce" Berjuta-juta orang Amerika beralih kerjaya dengan memulakan perniagaan sama ada perniagaan kecil-kecilan atau terlibat dengan "Direct Selling".  Laporan itu juga menyatakan bahawa dari hasil kajian terdapat 61 peratus memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri (own bosses).

6 KEBAIKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI
1. Jaminan Pekerjaan (job Security)
Business dianggap satu bidang yang terlalu berisiko dan tidak semua di kalangan kita yang berani menerima cabarannya.  Ramai juga beranggapan bahawa berkerja di sektor-sektor "glamour" seperti di bank-bank, GlC-GLC (Government Link Companies), syarikat-syarikat besar yang mempunyai nama, syarikat antarabangsa dan sebagainya akan memberi jaminan yang baik di samping gah untuk mendapat nama.  Hakikat seperti ini sepatutnya perlu diubah kerana ia akan membuat pusingan hidup kita dan generasi kita tidak berubah. mereka yang mengambil kita berkerja juga seperti ahli perniagaan yang lain dan akan sentiasa melihat risiko di dalam perniagaan.  Jika mereka gagal, kita juga akan menerima nasib yang sama.  Jika kita berkerja dengan orang lain, kita sebenarnya memperdagangkan masa dan tenaga kita untuk wang yang telah ditetapkan.  Harta intelek (kepandaian kita hanya dinilai dengan gaji bulanan yang tetap dan dipinda setahun sekali) namun kita tidak membina equiti kita malah syarikat di mana kita berkerja akan menabah equiti mereka melalui kepandaian kita.  namun jika kita berniaga sendiri, kita dapat membina dan memperkembangkan equiti kita melalui usaha berterusan lalu kita dapat menentukan berapa banyak keuntungan yang kita mahu, berapa pendapatan yang kita ingin perolehi.  Seperti kata-kata Duncan MacPherson, pengasas dan Co-CEO Pareto Systems, iaitu sebuah syarikat perundingan, "Sebagai ahli peniagaan saya adalah pakar di dalam menentukan masa depan (takdir) saya" (As an entrepreneur, I’m the master of my own destiny)

2. Kebebasan
Kita sering tertekan dengan etika serta peraturan-peraturan majikan di mana kita berkerja.  Semuanya seperti robot/mesin, disusunatur serta diprogram bila harus kita pergi kerja, pukul berapa kita kena masuk kerja, pukul berapa rihat, pukul berapa balik dan banyak lagi "dos dan donts" yang terpaksa dipatuhi.  Sering terarah dan diarah kemana kita pergi dan pukul berapa harus kita balik, bila perlu menghantar laporan dan bentuk laporan yang perlu kena buat.  Hidup kita kian tertekan apa tah lagi bila digandingkan dengan bos yang tidak mempunyai "human factors" bila mana berhadapan dengan sesuatu situasi.  Tidak cuba memahami permasalahan yang kita hadapi dan sebagainya.  Apa yang mereka (bos) tahu kerja mesti siap dan jika tidak siapkita sering menjadi mangsa "punching bag". CUKUP!!!!.. dengan berkerja sendiri (business sendiri), kita mempunyai kebebasan yang cukup luas untuk menentukan hala tujuan kita serta matalamat yang ingin capai.  Tiada siapa pun boleh mempertikaikan ke mana kita pergi dan apa yang kita buat.  Apa yang penting kita tahu apa yang kita lakukan dan apa yang kita hendak capai.  Kita mempunyai kebebasan masa yang cukup luas, kebebasan untuk menentukan pendapatan kita, kebebasan cara kita dan tidak ada seorang pun boleh mempertikaikan cara kita melainkan diri kita sendiri.  Nah... jika kita merasakan kita perlu pendapatan melebihi enam angka, kita boleh melakukan dengan berkerja lebih keras lagi.  Namun ini tidak berlaku jika kita berkhidmat dengan orang lain.  Pendapatan kita akan diprogramkan mengikut tangga gaji yang telah ditentukan dan akan dinilai setahun sekali (itu pun jika ada) walau sekuat mana kita berkerja.

3. Flexibility (keanjalan)
Tidak kira apa perniagaan anda, sama ada anda berniaga di bandar besar atau di bandar kecil mahu pun di kampung sekali pun, kewujudan teknologi menjadikan dunia perniagaan boleh ditembusi tanpa sempadan.  Faktor kejayaan bukan terletak di lokasi mana kita beroperasi (walau pun ia amat penting), namun bagai mana kita mengendalikan serta menguruskan operasi perniagaan itu.  Dunia teknologi boleh menjadikan rumah tempat kita tinggal sebagai vitual office kita.  Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk berkejar ke pejabat dan membuang wang untuk belanja perjalanan, makanan, sewa pejabat, bil air dan letrik pejabat dan sebagainya.  Kita juga boleh menjalankan perniagaan di dalam kereta, ketika kita berada di kedai kopi atau di mana-mana sahaja.  Siapa nak marah kita?.  Yang penting apa yang diperlukan oleh pelanggan kita dapat penuhi mengikut akurjanji pernigaan dan perkhidmatan.  Kiata kana menjadi lebih mudah merangka perancangan kita dengan cara perniagaan yang penuh dengan "flexibility" atau keanjalan ini tanpa diprogramkan oleh sesiapa.

4. Menjana pendapatan lebih
Tidak dapat dinafikan, penjanaan pendapatan yang menguntungkan adalah dari pada perniagaan.  Dalam Islam Nabi telah berpesan bahawa 9/10 rezeki ada did alam perniagaan.  Entah di mana silapnya pesanan ini tidak difahami atau dihayati.  Perniagaan bukan milik sesuatu kaum, bangsa atau ugama.  Ia milik untuk semua makhluk yang bernyawa yang dipanggil manusia.  Hanya mereka yang tahu kelebihan perniagaan sahaja yang menyahut cabaran ini.  Terdapat banyak peluang untuk membina kekayaan dari peluang perniagaan daripada berkerja dengan orang lain.  Mengikut Jeffrey Gitomer, penulis buku yang terlaris "The Little Red Book Selling" dan "The Little Gold Book Of YES! Attitude", Bila anda berada di dalam perniagaan yang anda bina sendiri, anda sebenarnya mencipta sejarah anda sendiri, menulis rahsia kejayaan anda sendiri, menulis tentang sejarah anda sendiri, dan yang paling penting , anda telah menulis "cheque" untuk diri sendiri.  Menjadikan perniagaan untuk diri anda dapat memberi peluang untuk diri dan hati anda untuk melakukan apa yang anda suka" (diterjemaahkan dari bahasa Inggeris).

5. Kesan Kehidupan Yang Hebat
Di dalam beberapa kajian menunjukkan 84% orang yang ditemui mengakui bahawa mereka akan lebih bersungguh-sungguh melakukan kerjanya jika mereka memiliki perniagaan itu sendiri. The No. 1 reason they gave for wanting to work for themselves: “to be more passionate about my work life.”
6. Kerjaya Kedua 
78 juta "baby boomers" yang menjalankan perniagaan dan berjaya dalam perniagaan sudah sampai ke usia persaraan.  Namun, didapati mereka tidak mahu bersara walaupun mereka boleh berbuat demikian dengan kekayaan yang ada.  Kenapa? Sebab mereka sudah biasa berkerja dan mereka tidak mahu hidup mereka kosong dengan tidak berbuat apa-apa.  Mereka mahu menukar perak menjadi emas (Turning Silver Into Gold).  Mereka suda lali atau perniagaan ini sudah sebati di dalam darah daging mereka.  Ketika umur persaraan mereka apa lagi yang mereka ingin lakukan?  Ada yang berkata dekatkan diri lebih kepada yang Maha Kuasa.  Betul, namun mereka tetap inginkan sesuatu yang mereka sudah biasa lakukan.  Jadi, mereka terus ingin melakukan perbezaan dan menyumbangkan sesuatu kepada apa yang mereka sudah bangunkan agar ia tidak lenyap ditelan zaman.  Lagi pun pewaris mereka masih perlukan sokongan dan panduan mereka. Maka perniagaan ini akan terus menjadi kerjaya kedua mereka selepas persaraan.  Jika anda berkerja dengan orang lain, adakah anda boleh melakukannya?


Home I About Author I Business Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact