PILIHAN? Ya, di dalam kehidupan apa sahaja yang berlaku adalah pilihan yang yang telah putuskan. Apakah kerjaya yang kita ingin ceburi, dengan siapa yang kita ingin berkahwin, di mana kita ingin tinggal, apa yang ingin kita lakukan pada hari ini, apa perancangan kita untuk hari esok dan paling penting APA YANG INGIN JADI PADA MASA HADAPAN adalah pilihan yang kita buat. Ini sahaja kebebasan yang kita ada di dalam hidup iaitu kebebasan untuk memilih. Bagi mengungguli kejayaan dan impian yang ingin kita capai, kita akan menjadi "hamba" kepada apa yang kita pilih. Segala usaha kita akan kita gembling dan pusatkan ke arah pekara yang ingin kita capai dan itu yang dinamakan daya usaha pemusatan (centered efforts).
Apa
yang cuba ingin dikongsi di sini adalah hasil pembacaan dan pengalaman saya
sebagai tenaga pengajar korporat (Corporate Trainer). Perkongsian ilmu
adalah lebih bermanafaat apabila ia dikongsi dengan orang lain agar ia dapat memberi
rangsangan atau panduan (guidance) untuk direnung, diteliti dan diamal
jika ia terbukti kebenarannya. Jika diperhatikan beberapa pembuktian di
bawah ia sedikit sebanyak boleh membuat kita memahami akan kebenarannya:-
1.
SIKAP KITA ADALAH PILIHAN KITA
Kebarangkalian
persekitaran kita bukan pilihan kita namun cara dan sikap kita untuk berhadapan
dengannya adalah pilihan kita.
"Kita
tidak boleh membiarkan persekitaran mengawal kita dan kitalah yang yang perlu
mengawal persekitaran kerana kita mempunya PILIHAN"
Kita
mungkin pernah mendengar alasan bagi orang yang "tidak berjaya"
kepada orang yang "sudah berjaya". Mereka mengatakan mereka
yang sudah berjaya itu mempunyai "nasib yang baik" (just a luck)
sedangkan mereka tidak menyedari bahwa perkataan yang mereka gunakan itu
mempunyai implikasi kepada otak dengan mengatakan "tunggu, mungkin belum
nasib aku lagi" atau "dah takdir aku". Sebab itu perkataan
yang kita gunakan memberi rangsangan dorongan kepada apa yang kita
lakukan. Kenapa perkataan "Tidak Berjaya" tidak boleh diganti dengan
"Belum Berjaya". Bukankah dengan mengambil kira perkataan
"belum berjaya" itu akan mempengaruhi kita untuk berkerja lebih kuat
lagi sehingga boleh menjadi seorang yang berjaya. Tiada bezanya si
"winner" dengan si "Loser", yang membezakan hanyalah si
winner sentiasa mencari ruang dan peluang sedangkan si loser hanya menunggu
ruang dan peluang.
Kita
kerap membuat ekperimen (experiment) dengan menjadi pemerhati (observer) dan
bukan sebagai pelaku (doer) dan kita membiarkan rakan-rakan kita mencuba
sesuatu dengan mengatakan "kau cuba dulu, esok bila kau dah berjaya aku
ikut". Sikap ini juga ayang akan menentukan antara si winner dan si
loser.
2.
ADALAH MUDAH UNTUK MENGEKALKAN SIKAP YANG BAIK DARIPADA UNTUK MENDAPATKAN
SEMULA.
Kebanyakan
permasalahan di dalam mengejar kejayaan adalah dengan adanya sikap negatif di
dalam diri manusia. Sering melihat sesuatu usaha atau kejayaan itu
dipengaruhi oleh satu faktor sahaja. kajian secara rawak terhadap
peserta-peserta yang menghadiri program pembangunan usahawan yang saya
jalankan, kebanyakan mereka apabila ditanya kenapa orang kita tidak boleh
berniaga? atau kenapa tidak mahu berniaga?, jawapan yang "stereotype"
mereka berikan iaitu tiada modal, kerajaan memberi modal terpilih hanya kepada
golongan tertentu, tak mahu ambil risiko, tiada pengalaman, malas, dah terlambat, tidak
berpelajaran dan sebagainya. Ia merupakan sikap yang tidak baik dan jika
ini dikekalkan ia akan menjadi satu halangan yang paling besar untuk kita
keluar dari kepompong kemiskinan kita sendiri. Adakah semua perniagaan
itu perlukan satu dana yang besar? Sedangkan jika satu dana yang besar
diberikan sekali pun jika tidak tahu untuk mengurus ia akan musnah begitu
sahaja. banyak jenis perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan dan jika
ia diurus dengan baik hasilnya lebih hebat dari jenis perniagaan yang
besar. Sebagai contoh perniagaan trading, mengambil barang dari orang
lain untuk dijual kepada orang lain. Jika kita mempunyai kepakaran
perundingan (negotiation skills), malah kita tidak perlukan modal sedikit
pun. Menggunakan kelebihan orang lain dan sedikit usaha kita menggunakan ruang dan peluang akan menjadikan kita bergelar usahawan yang membawa pulangan. Apa yang penting membawa satu contoh barangan untuk dibentangkan
kepada pelanggan dan apabila pelanggan berkehendak, kita hanya mengambil
pesanan dan ambil pembayaran ketika penghantaran atau sebaliknya. Itu yang dinamakan "work smart"...
Di
dalam siri catatan saya yang lepas, saya ada berkongsi "RAHSIA KEJAYAAN
ORANG-ORANG CINA" di dalam perniagaan. Kebanyakan dari mereka tidak
menjadikan halangan sebagai satu sebab musabab untuk mereka tidak
berjaya. Namun sikap berani menghadapi cabaran, sentiasa positif di dalam
prospek kerjaya sebagai usahawan, sentiasa berusaha, ingin meningkatkan
kebanggan diri dan sebagainya membuatkan survival perniagaan mereka
berhasil. Jika sikap-sikap positif ini sudah sebati di dalam diri kita,
ianya lebih mudah dan sudah pasti akan mengekalkan momentum yang baik di dalam usaha-usaha kita berbanding untuk mencari kekuatan baru.
"Tidak
ada seseorang pun yang boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita
sendiri"
3.
SIKAP KITA MENENTUKAN MASA DEPAN KITA
"Apa
yang ada pada kita pada hari ini adalah disebabkan sikap kita dan usaha kita
kepada kejayaan di masa yang lepas dan apa yang bakal berlaku di masa depan
(Sebagai muslim kena percaya semuanya ditangan Allah) juga adalah disebabkan
oleh tindak tanduk kita serta sikap kita pada hari ini"
Perjalanan
yang jauh bermula dengan langkah setapak dan jika kita tidak melakukan sesuatu
pada hari ini bermakna esok juga kita akan melalui pekara yang sama yang ada
pada hari ini. Pembuktian kejayaan seseorang itu sebagai seorang usahawan
bukan semata-mata disebabkan dari segulung ijazah. Ia banyak
diterjemahkan dari sikap seseorang itu terhadap usaha dan kerja keras dan
melihat perniagaan itu sebagai sesuatu kerjaya yang meyakinkan.
NOTA
PERKONGSIAN: Bagi yang telah berjaya dalam perniagaan jangan lupa:-
1.
Terus berzakat perniagaan dan bersedekah kerana rezeki yang ada dan diberi
oleh-Nya memang untuk dikongsi kepada mereka yang kurang berkemampuan.
2.
Terus menyumbang, menyokong dan membimbing rakan usahawan yang lain dengan
pelabagai cara seperti menyalurkan ruang dan peluang yang ditemui kepada
rakan-rakan usahawan yang lain jika itu bukan jenis perniagaan kita.
Memberi tip-tip berguna kepada rakan usahawan tentang selok belok
perniagaan. Atau, ia boleh sahaja dijadikan rakan strategik perniagaan
berdasarkan faedah "menang-menang" (WIN-WIN).
3.
Sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan rakan usahawan yang lain.
Hubungan yang strategik ini sudah pasti melebarkan lagi perniagaan kita di
masa hadapan.
~INGAT!!!! KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL PADA HARI INI AKAN MENENTUKAN
MASA DEPAN KITA~
Home I About Author I Business Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
No comments:
Post a Comment